Thursday, 7 June 2018

Titik noktah



07062018
1626p.m

Detik ini, berakhir perjalann ku sebagai seorang student pre klinikal, titik akhir bermula dengan langkah alhamdulillah dan bismillah,
Dengan rahmatNya, ku meniti satu persatu moge Allah berkati semua,
Segala kekhilafan dan kekurangn diri, ku titip dengan kemaafan. Kalian hadir, mewarnai hidupku, dengan pelbagai corak dan warna kehidupan.
Rezeki dariNya, ku bertemu kalian semua.

Titik noktah ini, maka bermulalah ayat baru untuk ku tulis menjadi lakaran sebuah jalan kehidupan. Moge ayat yg bakal dikarang jalan ceritanya jauh lebih indah dan diredhai Tuhan.

Banyak benda perlu ubah, ubah sikap dan peribadi serta persepsi, perbaiki segala kekurangan, ku cuba.. namun ku tahu, ku belum mencuba dengan sebaiknya.

😄doakan seketul adawiyah ini, moge2 hatinya kuat serta fizikalnya gagah untuk berdiri walau ujian yg ditempuh tak pernh berhenti. Ditempuh dengan berani, berpandukan iman bukan nafsu dan emosi. 😊


No comments:

Post a Comment