Hati ini membeku, Kerna Tuhan sahaja yg mampu, Cairkan semula mengikut arus waktu.
Friday, 14 September 2018
Nota kecilku
0056am
14092018
Bagaimanakah jika hati ini sebenarnya dah berubah
Bagaimanakah jika hati sudah berbolak
Bagaimanakah jika dahulunya sering mngatakan tidak
Sekarang hati mengatakan iya
Benarlah, hati itu didalam genggamanNya,
Kuat nya hati kerana Dia,
Teguhnya hati dengan izin Nya,
Terpandunya hati dengan petunjuk dari Dia.
Nota kecil ku ditengah kepekatan malam,
Hati berasa tenang saat segala terluah pada yg Esa,
Untuk meluah segala pada manusia,
Mungkin belum tiba masanya,
Atau Allah aturkan yg sebaliknya.
Tak mampu ku melakukan apa apa,
Melainkan bersimpul hina,
Mngadu pada Dia,
Kerna ku serik,
Jika langkah yg diatur,
Langkah yg mmbuatku tersungkur,
Tenggelam dalam noda maksiat dunia.
Ku serahkan "dia" dalam jagaanNya,
Terima kasih dariku untuk "mu" .
Kerna terlalu banyak semangat yg ku kutip dari sebuah perkenalan,
Perkenalan yang tak diduga dan dijangka,
Yang tak pernah bersua muka,
Hanya dari berkongsi kata kata, memberikan kekuatan yg luar biasa.
Segala telah diatur oleh Sang pencipta,
Pemilik hati manusia, pemilik hatiku dan pemilik hatimu.
Subscribe to:
Posts (Atom)