Saturday, 7 April 2018
Kasih Dua Insan
07042018
1953p.m
Andai ditanya dari mana inspirasi itu datang, datang tanpa diduga dari insan yang kekal bersama ku , dari dulu hingga sekarang, yg singgah seketika, yg muncul tiba tiba,yg aku takkan lupa. Walau secebis cuma, ingin sahaja aku sebutkan nama nama mereka. Aku rindu kata kata mereka. Bait bicara peneguh hati ini tatkala lara. Biarlah ia rahsia siapa mereka. Rahsia hati. Moge Allah balas segalanya. Terima kasih🍃.
...
Aku belajar dari keadaan, inspirasi itu datang, dari apa yang ku pandang, dengar, alami dan menghayati dengan hati. Maka tercetuslah inspirasi. Terkadang pengalaman itu bukan sahaja apa yg ku alami. Tapi juga yang ku pelajari dari mata kasar ku. Ujian manusia itu berbeza, bahkan jalan cerita mereka itu juga tidak sama.
Satu persatu tertayang di mata. Betapa lelahan itu tidak sama dengan kata kata. Kesabaranmu teruji, aku kagumi. Anugerah itu amanah, yang bukan mudah sememangnya payah. Aku diam tanpa bicara. Perlahan lahan menitip waktu, belajar dari situ. Dari seorang ibu dan ayah Dia pinjamkan buat sementara waktu.
Ade yang berjaya mendidik orang di luar sana, namun belum tentu berjaya juga dalam rumahnya. Begitulah sebaliknya. Kesabaran yang menggunung aku teladani, sampai sekarang aku belum mampu mengikuti. Kerenah dan ragam kami, kalian layan dengan penuh kesabaran. Ternyata susah. Terkadang melenting dulu itu aku, amarah menguasai bila kerenah adikku tak termampu ku layan lagi. Aduhai jiwa, " orang hebat bukanlah orang yang selalu menang dalam pertarungan. Orang yang hebat adalah orang yang bisa menahan diri ketika marah" [HR. Bukhari dan Muslim]. Tersentap seketika. Sabar ku dimana.
Pendeknya fikiran, banyak jiwa muda fikir akan perkahwinan, 'tapi kau fikirkah untuk jangka masa panjang, ujian sedikit kau sudah melatah tak keruan, diri sendiri terhuyung hayang. Ade hati nak pikul lagi beban'. Sungguh itu kataku kepadaku. Allah bagi pada waktu yang tepat, jika belum bersiap maka bersiaplah dahulu. Belajar lah, kutiplah pelbagai ilmu. Bukan sia siakn waktu dengan omongan dan angan angan yang menyiakan. Nak bina mahligai hingga syurga,ia adalah keazaman bukan 'khawateer' hanya sekadar lintasan.
Dari seorang ibu , ku belajar kesabaran. Dari seorang ayah ku belajar sikap tenang. Dari mereka ku pandang, ku berdiri disini tidak lain dan tidak bukan, kerna senjata yang paling tajam, doa. Doa mereka ku gagah berdiri, terkadang lemah terkadang sombong tinggi diri, alahai hati begitu kronik sekali hatiku ini😅. Namun, ku berjaya kerana pengorbanan mereka, didikan mereka, perlahan lahan ku kenal dunia.
Kasih termetrai kerna ikatan. Akad yang diangkatkan menyambung kasih sebuah cinta yang ingin meraih redha Tuhan. Lahirlah aku ini , dari sebuah cinta dua insan. Terima kasih Tuhan. Alhamdulillah😁✌😆
Sekadar selingan, lakaran kata untuk mengisi waktu terluang. Bisikan hati yg terluah, memendam rasa menjadi sebuah kisah.. kisah adawiyah, tehee😉. Ampun maaf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment