Thursday, 12 April 2018

Memuaskan Mata Zahir

12042018
1709p.m

Lumrah sebuah kehidupan seorang manusia, sering lupa dengan apa yang terbentang di depan mata. Kerna yang terzahir itu lebih terasa bernilai dari segalanya. Nak akan pujian, nak akan pandangan, pandangan dari insan. Entah kemana rase indahnya, padahal rasa itu sekejap saja, seketika. Lantas hilang dek waktu yg berjalan. Terus azam yg dahulu dilupakan, ingin mengejar akan hal keduniaan. 'Bila kau dapat dunia, kau lupa semua. Mudahnya, hanya sekecil perkara terus jiwa itu berubah'.  'Ah, hati..begitu kau telah dinodai dengan dunia, yg terzahir saja kau cari,akhirat kau tak peduli'

"Ketahuilah, bahawa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati" [ HR. Bukhari]. Bila hati itu kotor, tercalit dosa yg makin menebal,hitamnya ia, buta, dalam cahaya pun kau takkan nampak apa apa. Gelap semua. Hidayah itu cahaya, walau disuluh beribu cahaya, hati itu tetap tidak nmpk akan sinarannya.Pekat dengan hitam dosa.

Ini aku, lemah dengan yg terzahir, tatkala iman itu diuji, terus melatah, mengeluh serba serbi, berazam untuk berubah itu dan ini. Ini ujian tanda peringatan. Dari Tuhan yang Maha Penyayang. Untuk hambaNya yg terleka dengan keduniaan.
Dan bilamana dapat semua, aku lupa akn azam ku pada Dia. Cari Dia saat perlu, lupa Dia, saat ada segala. Kejamnya aku terhadap diri sendiri. Lantas ini ke nama 'aku mencintai Dia melebihi segalanya'. Ternyata tipu sahaja. Lakonan semata di pentas dunia.

Yang zahir itu teruji, kuatkanlah hati, istiqamah dalam mujahadah, bukan sekadar bermadah dengan nada yang indah.
Maaf ku akhiri, kata kata terlahir dari benak hati, insan biasa, yg tidak lebih apa apa.

Moge Dia kuatkan hati ini, dan kita semua🍃🍃🍃

No comments:

Post a Comment