Friday, 6 April 2018

Dari Sejarah Ku Belajar



06042018
1524p.m

Tinta yang menulis, sejarah dulu menjadi penguat hatiku. Mungkin saja ujian dulu dan kini itu berbeza, tapi diriku, hatiku, semangatku insyaAllah tetap sama.

...

Sebuah sekolah yang tersergam indah di negeri 'Warisan Pesisir Air'. Bumi SHAMS yang takkan luput dek ingatan bagi setiap pelajar yang menuntut ilmu disana. Mana mungkin ku lupakan bumi tarbiahku, di sini ku belajar untuk mngejar cita cita, dan yang paling indah adalah, belajar mencintaiNya dan mengharap redhaNya.

 Satu jiwa yang tak mengenali apa apa,pernah terasa seolah dikongkong, dihimpit dengan peraturan itu dan ini. Walaupun ku tak pernah memberontak, ku patuhi semua.Tapi hatiku seolah penat. Kenapa perlu buat begitu dan begini. Perlu berpakaian labuh.perlu menjaga serba serbi.Walaupun sering dididik oleh bapaku, permpuan itu indah dan sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Jagalah keindahan itu sebaiknya. Aku dengar,tak membantah tetapi sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri , tidak melekat di hati. Seolah terpaksa ku lakukan semua. Degil rupanya ku ini. Dah lama ku sedar akn sikap ku yang degil ini..tehee😅

...

Tanpa diduga,hati itu milik Dia. Dua tahun diasuh di bumi bertuah itu , aku mula berasa selesa, terasa tenang di hati yang tak dapat digambar dengan luahan kata. Tenang setenangnya. Diajar dengan agama. Islam itu indah sebenarnya.

Waktu berganti waktu, yang Maha Membolak Balikkan hati , Dia mengetuk hati agar berfikir secara dewasa," aku disini untuk menggapai cita cita ku, impian ibu bapaku, harapan mereka melihat aku berada di sekolah ini sudah tercapai, maka seterusnya perlu ku buktikan aku mampu melakukan kejayaan yang seterusnya" . Walaupun terlambat ku mnyedari, ku buktikan jua. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.

Aku bukan siapa siapa. Hanya pelajar biasa, tiada jawatan yang ku pegang, tidak seaktif zaman sekolah rendah. Ku hanya belajar dari sekeliling, dikelilingi insan yg hebat menjadi pencetus semngat jiwa pejuang. Pelajar yg mempunyai impian seperti insan yg lain juga.



...

Bohong jika aku tak pernah jatuh, aku jatuh berkali kali, juga kerna soal hati. Berlawan dengan diri sendiri adalah pertarungan yang paling hebat sekali. Fitrah seorang hamba, insan yang lemah. Alam remaja ku tempuh seperti insan yg lain, tertarik pada lainan jantina ,kata fitrah namanya. Namun sejauh mana fitrah itu dikawal jangan sampai hanyut, karam lautan nafsu.

'Baru mengenali dunia,kau sudah pandai bermain hati, berhati hati dengan hati , jangan pernah kau cuba untuk mnguji hati,takut memakan diri' monolog ku. Amaran untuk ku. Tidak tahu cinta atau suka. Ku sedar hanya sekadar suka suka. Menyukai dari kejauhan saja kerna akhlaknya ku terpikat. Sedarlah, itu adalah manusia,jangan terlalu mengagumi,ade yg menutupi aibnya dari pandangan manusia. Sama sahaja . Lama kelamaan baru ku tahu itu hanya perasaan yang terhinggap untuk seketika. Pujuk hati.. tunduklah wahai pandangan, sabarlah duhai jiwa remaja. Perjalanan kau masih panjang, jangan kerna nafsu. Kau lupa apa di depan mata, cita cita kau lepas demi mengejar cinta yang entah ke apa apa. Bukan cinta, tapi mainan jiwa remaja.

Alhamdulillah, panduan Dia. Tuhan memimpin hati agar tidak kalah. Aku mampu menentang perasaan itu walau sering muncul dipandangan tapi kosong difikiran. Tidak senang untuk ku tempuh,mengalir air mata itu juga pernah, kerna penat berlawan dangan diri sendiri.Manja rupanya✌. Kerna keadaan yg sangat membantu. Ku mampu atasi jua. Bersyukur tak terhingga , perasaan itu lenyap begitu sahaja. Perasaan yang tak perlu ada lagi.

Ku jadikan itu sebagai kekuatan. Lantas, titik kebangkitan aku jadikan ia sbgai tanda aras untuk cemerlang. Punya keinginan untuk lebih dihadapan, ku pasangkan niat agar lebih hebat dari si dia. Andai dia hebat, mengapa aku tidak? Akhirnya ku buktikan jua. Andai kehadirannya membuat aku lemah maka aku postifkan pemikiran,ku mampu setanding dengnnya.Terasa matang tiba tiba. Hakikatnya, dengan izin Allah jua. Ku capai ke tahap ini. Bagaimana dirimu mahu bangkit andai terus di tapuk lama. Meratapi nasib diri, Sampai ke bila? 'Bilamana yang jatuh itu kamu, maka tangan yg perlu berpaut itu tangan kamu'. Dan penyambut itu Tuhan yang harus selalu aku ingat agar luruskan niat, bukan kerna manusia, tapi kerna Dia sahaja. Yang Satu.
...



Waktu berselisih waktu, pernah terlintas di hati, cita cita dahulu seolah pudar dari jiwaku, bidang perubatan yang ingin ku genggam mula terasa ingin berubah arah. Mula meminati bidang keagamaan. Aku sangsi, tapi tidak membuatkan hatiku resah walau sedikit kerna ku yakinkan hati. Antara dua, mana satu yang bakal ku dapat itu yang terbaik. Saat belajar untuk berserah kepada Tuhan yang Maha Mengetahui. Sedangkan hambaNya dibatasi waktu, tidak tahu apa rahsia di waktu depan itu. Rahsia Tuhan.

Tidak ku nafikan, terasa minat yang mendalam dalam bidang pengajian islam , selapas tamat pengajian sekolah menengah, ku buntu pilihan. Tidak mengapa, ku serah pada yang Maha Kuasa. Impian orang tuaku, ku turuti, kerna ku tahu , masih ade rase cinta dalam bidang ini. Perjalanan seterusnya ku bertawakkal sepenuhnya. Cita cita ke luar negara, juga ku pendam. Ku dahulukan kata kata ibu bapaku. Dalam negara rezekiku, sebuah universiti diibu kota. Ku belajar tentang kejadian manusia. Mengenali jiwa manusia itu memakan waktu, perlu menghampiri dan didekati, menghayati satu persatu. Jika itu baru jiwa, masakan seluruh badannya. Memang komplikated lah jawabnya. "Jangan mengalah sebelum berjuang". Pujuk hatiku dari dulu hingga sekarang , mungkin selamanya.



...

Kenapa sejarah mungkin berulang, dan dari sejarah ku belajar untuk menentang. Mungkin  halangannya tidak sama seperti dahulu, kerna aku adalah hamba, yang makin menginjak dewasa, maka ujiannya makin berduri ku rasa.

Jalan cerita yg seterusnya, ku mulakan juga dengan kemaafan atas kekhilafan dalam penulisan. Hnya sekadar suka suka , untuk diluahkan menjadi cerita di hari tua.😁

"Barangsiapa yang memerangi nafsu kerana Allah,maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan diredhaiNya, yg akan menghantarnya ke syurga.Dan barangsiapa tidak memeranginya, maka ia ditelan hawa nafsunya" [Ibnu Qayyim].

Nantikan perjalanan yang panjang, merentas lautan kehidupan dan murabbi itu Tuhan.

No comments:

Post a Comment