Friday, 6 April 2018

Langkah yang pertama

06042018
0929a.m
...

Langkah pertama yang bermula ke sekian kalinya bercita cita. Mengubah diri perlahan lahan walaupun payah dan sukar terasa didalam. Ku gagahi kerna dunia hanya sebuah persinggahan untuk ku kutip segala hasil bagi peroleh kejayaan di sana nanti. Payah dan perit sering terasa, bukan seketika tetapi sentiasa.

Ku susun impian dengan teratur dan penuh ketelitian. Ku tilik dalam dalam, tanya hati berlandaskan sezarah iman. 'Apa yang kau nak dan mahukan?' Pandangan Tuhan. Bergantung harap pada yg Maha Esa,Tuhan sekalian alam

Satu cita cita ku genggam, berbakti pada setiap insan. Satu jalan Allah telah tunjukkan hanya menunggu masa untukku berjuang. Menelaah ilmu tentang satu ciptaan Tuhan,sebaik baik ciptaan. Tidak pernah ku katakan jalan ini mudah. Tapi dengan izin Tuhan ku akan berjuang hingga ke sudah. Menuntut ilmu hingga ke akhirNya, hnya sekadar setitik dari lautan ilmu Tuhan. Ku cuba untuk kutip sebanyak yg mungkin dengan izinNya jua.
...

Hatiku tak boleh layu,aku pernah jatuh seketika dahulu.Pernah berada dibawah, dan islam mengajar ku untuk bangkit  berjuang meraih cita cita agar menjadi insan yang berguna. Alhamdulillah, syukur pada yg Maha Kuasa.Kau sedar akan aku tentang dunia.Ini semua sementara sahaja.
Dalam kalamNya berbunyi , "sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri" [ Ar Ra'd 13:11]
Sungguh jelas lagi terang benderang, kekuatan seseorang itu bermula dari diri sendiri. Ku perlu bangkit sekali lagi.

Ku pernah diuji, diuji dengan cinta dunia. Mungkin hanya ujian tak seberat mana seperti insan lain yg diduga.Ternyata ku lemah dan mudah melatah.  Tetapi dari situ ku sedar banyak benda.Ku tidak salahkan sesiapa, kerna insan yg hadir dalam hidupku Alhamdulillah banyak menyedarkan aku yg alpa dan kelam dengan dunia. Aku tidak kata berubah itu mudah, dan ingin bangun itu senang, perlukan masa dan ruang kerna pertarungan itu adalah dengan hati itu ternyata teramat sukar dan perit sekali. "Aku tidak pernah berurusan dengan sesuatu yang lebih sukar daripada hatiku sendiri, adakala ia bersamaku, adakala ia menentangku" [Imam Al Ghazali] . 
Tapi perlahan Allah jentik hati ini. Aku dah terasa penat dengan diri. Sehingga satu jiwa yang muncul dari benak hati yg diuji. Aku perlu ubah nasib dan sikap ku sendiri.

...

Impian yg ku genggam sejak aku dibangku sekolah menengah, melangkah kaki ke tanah suci Kota Mekah dengan duitku sendiri. Sebelum ku berkerjaya, sebelum aku menggalas tanggungjawab rumah tangga,sebelum segalanya.. ingin ku kesini sebagai langkah awalnya. Kerna makin lama aku mngorak langkah, makin banyak masa aku terjah, makin buntu mencari cahaya dalam kehidupan , memilih jalan untuk kedepan, makin ku butuh jawapan dari Tuhan. Ingin sekali ku lakarkan bait bait doa yg berbicara dari sudut hati seorang hamba diluah pada yang Esa di tempat yang paling mulia, agar segala dipandu oleh cahaya CintaNya. Alhamdulillah,rezeki diberikanNya,  hanya menunggu masa, dijemput oleh Nya berkunjung ke sana.

Ingin ku buang segala tentang dunia. Terkadang kebuntuan mencari jalan, ingin memenuhi kehendak manusia disekeliling, hakikatnya sukar untukku membuat pilihan. Kerna sering kali tidak tahu apa yg diri sendiri mahukan.
Sampaikan terasa kosong didalam hati,tidak kena serba serbi. Mungkin lafaz Alhamdulillah aku tidak menghayati dengan ikhlas. Masih belajar dan akan terus belajar untuk mengharungi kehidupan ini.Nama ku satu nama berjiwa besar,satu nama yang gah dalam sirah islam. Seorang insan meletakkan Tuhan yg pertama dalam setiap sudut kehidupannya. Moga aku seteguh kasih dan ketaatan Rabiatul Adawiyah pada RabbNya.

...

Hnya lakaran hati, diungkapkan dengan kata kata, sebuah aksara jiwa diluah menjadi tulisan yg berbicara..banyak bende ingin ku lukiskan disini. Ternyata hanya secebis dari tulisan hati. Ku cuba perlahan lahan untuk menjadi inspirasi dan akan ku terus mencari sumber inspirasi, semngat untuk diriku sendiri.

Masih banyak kekurangan dalam penulisan ini.Mungkin selepas ini, akan ku karap jalan cerita dari tempat ku bermula, mengenali dunia itu bagaimana. Seorang insan yang bertatih,yang kurang serba serbi dengan kata maaf ku akhiri untuk kali ini. Inilah permulaanku.
Bismillah dan Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment