25042018
2024p.m
Kenapa ku pilih waktu ini untuk menulis, sedangkan berpuluh tajuk lagi belum ku habis, kehangatan Pro Exam makin kian membara, bersediakah anda menyertai pertarungan ini? Nak kata dah banyak baca, memang lah tak jawabnya, tapi tangan ini gatal sangat nak menaip walau asyik merapu saja tulisannya😅.layan kan aje yer😉
Apa yg membuat kita matang, adakah angka usia itu menandakan kematangan seseorang? Bagiku, kehidupan diselit dengan ujian itu yang mematangkan fikiran seseorang. Tak kisah umur berapa, terkadang yg sudah dilanjut usia masih tidak matang dalam menempuh jalan kehidupan. Hanyut saja tanpa tujuan.
Ujian yg ditimpa dari Ilahi kerna ingin mendidik sekeping hati. Tidak beriman seseorang jika tidak diuji, diuji dengan apa yg kita sayang, juga apa yg kita sering perkatakan. Terkadang bicara saja kencang, tapi bila beban terhempat di bahu sendiri, sakitnya bukan kepalang, terus melatah tak keruan. Kata kata yang sia sia itu apabila tidak dibuktikan dengan perbuatan.
Setiap tahun ku dengar ceritera hati yang sama, dari orang yg berbeza beza, sebelum ini, ku hanya mendengar saja luahan manusia, tanpa merasa apa apa, pernah terlintas di hati ' kalau belum ade apa apa, buangkan saja dari hati, x payah peduli, x payah fikirkan lagi'. Ini kata kata hati ku suatu ketika dahulu. Dan setelah itu, Allah uji ku dengan benda yg sama ternyata waktu juga sama, peperiksaan menghampiri, diuji dengan hati, bukan senang nak menghadapi, kerna pertarungn itu didalam tidak kelihatan diluar, pendamnya didalam, andai senang untuk dibuang, sudah lama ku tekan button delete, ternyata bukan semudah yg disangka.
Dan kali ini. Ku mendengar cerita hati yg sama lagi. Di usia sebegini, pelbagai kisah hati yg berkongsi, kita disini berlawan dengan kisah cinta , orang disana sedang berlawan mempertahankan negara. Nampak tak, dimana iman kita.
Terkadang tertanya kenapa manusia suka berkongsi rahsia itu dengan aku, meluahkan rasa dan semua kepadaku. Bukan diminta, tapi dengan penuh rela mereka bercerita semua. Diri ini bukan sesiapa, cuba jadi pendengar setia, tapi terkadang takut untuk memegang semua rahsia manusia. Namun akan cuba. InsyaAllah aku cuba. Ini amanah dan kepercayaan manusia. Moga moga ku mampu jaga.
Di saat genting ini dirimu diuji, disaat payah ini hati kau menangis, moga sahabat kuat kuat belaka. Satu perkara terlintas di hati, walau perkara ini sudah lama diketahui, jalan hidup berlandaskan agama , ikut yg diperintahkan olehNya itu lah yg paling indah sebenarnya. Jagalah batas antara ajnabi, jika terbabas, jangan buat lagi. Teguhkan hati!
Diri ini insan yg hina nak menulis bagi pendapat pun berfikir banyak kali. Ini pendapat dari manusia yg sarat dengan dosa. Andai aku ditanya, patut tak waktu begini ku berkawan rapat dengan ajnabi, nak kenal hati budi. Bagiku, andai niat sekadar ingin teman tapi mesra, 'baik dijauhkan saja'. Sia sia. Kau takkan mengenali dirinya selagi tidak tinggal sebumbung dengannya. Dan apa yg kau nampak adalah kelebihan saja. Ingatlah berhati hati bermain dengan hati, takut ada yg terasa hati , bawa diri, makan diri sendiri. Jika niat itu ingin mendirikan rumah tangga, ikhlas kerana Dia, Allah akan mudahkan jalannya.
Yakin pada Dia, andai nama itu sudah tertulis di luth mahfuz untuk mu, sejauh mana kau tercampak kat dunia, sampai masa kau tetap bersama denganya di bawah payung rahmatNya, satu ikatan yg suci dan halal disisi Rabbul Izzati. Pesanan kepada diri sendiri
Duhai sahabat yg diuji, satu kata kata untukmu, mungkin waktu tak mampu diundur lagi, jangan penyesalan lalu menjadi racun dan bisa kepada diri. Ujian itu menguatkan hati, sampai masa kau akan kuat tempuh semua. Cuma satu, jangan pernah berhenti berharap pada Dia. Dia rindu keluhanmu. Talk to Allah, He is waiting to hear from you. Cry to Allah, He is waiting to remove the tears from you. Pray to Allah, He is waiting to answer you. Be strong sahabat❤
Doakan kami, moge sukses dalam peperangan sesi dua ini. Tembakan doa dari semua,moga kami berjaya. Alhamdulillah📚🤗
No comments:
Post a Comment